Hari ini destinasi kami ialah ke Aiins World yang terletak di Bucheon iaitu satu bandar di antara Seoul dan Incheon. Stesyen terdekat untuk sampai ke sini ialah stesyen Songnae yang terletak di laluan 1. Jika mengambil laluan ini perlu berhati-hati kerana laluan ini berpecah dua di stesyen Guro. Pastikan kita mengambil laluan yang betul iaitu laluan yang berakhir di Incheon. Contoh di tempat kita macam di stesyen Chan Sow Lin. Jika dari KL kena tentukan sama ada nak ke Ampang atau Bukit Jalil.
Kawasan berhampiran tempat penginapan di Hyehwa.
Bertukar kereta api di stesyen Guro.
Perjalanan dari tempat penginapan mengambil masa lebih satu jam. Dari stesyen Songnae, cara yang senang untuk ke Aiins World ialah dengan teksi. Tambang lebih kurang 3K won saja. Ada juga perkhidmatan bas ke sana, tapi bergerak mengikut masa.
Aiins World - miniature park di mana terdapat replika terkenal berbentuk mini dari seluruh dunia.
JOHOR, luaskan kuasamu! Sempat lagi tu..
SELANGOR The Red Giant.
Aiins World Guide, untuk memudahkan kita mengenalpasti sesuatu lokasi.
Kawasan Aiins World ini di bahagikan kepada beberapa zon iaitu England, Peranchis, Eropah, Russia, Afrika, Asia Barat, Amerika Selatan, Amerika Utara, Oceania, Asia dan Korea. Tiket masuk ialah 10K won dan dibuka mulai jam 10 pagi. Temanya sama seperti di Window of the World di Shenzhen, China tapi dengan skala yang lebih kecil.
Petronas Twin Tower juga ada di sini.
Antara tarikan lain yang ada di sini.
Tak sampai dua jam kita boleh habis melawat seluruh kawasan ini.
Selepas berehat sebentar, kami meneruskan misi. Kali ini destinasinya ialah Namdaemun market yang terletak berhampiran stesyen subway Hoehyeon di laluan 4. Kat sinilah tempat paling sesuai sekali untuk mencari barangan cenderamata. Harga barangan di sini agak murah dan boleh ditawar.
Kawasan Namdaemun market yang sentiasa sesak lebih-lebih lagi pada hari Sabtu. Tempat ini ditutup pada hari Ahad.
Banyak pilihan T Shirt kat sini.
Mamat Korea dua orang ni pandai cakap Melayu. Tak taulah sama ada betul-betul faham atau cuma menghafal macam burung kakak tua. Tapi dengan kelentongnya terbeli juga gula tarik tu.
Sempat membeli kebab semasa berjalan keluar untuk ke stesyen subway. Kami memilih royal kebab iaitu campuran chicken kebab dengan cheese kebab. Cuma tambah 500 won saja.
Penjual kebab berasal dari Iraq.
Dari sini kami pulang dulu ke hostel sebelum meneruskan rondaan pada petangnya. Hujan sudah mulai turun pada waktu ini dan keadaan persekitaran juga menjadi semakin sejuk. Ingatkan bulan Mei ni dah tak perlu sweater bagai, rupanya tersilap lebih-lebih lagi masa tu berangin pulak. Tapi misi sebelah petangnya tetap akan diteruskan.